Malam kian melabuhkan tirainya, siang cuba menjengah mencari ruang di suatu subuh yang hening. Angin lembut menampar pipi tetapi kelembutan itu tidak mampu melembutkan ruang hatiku. Sesak ! Rindu yang meluap mengasak dijiwaku saat ini. Aku masih tidak mampu melabuhkan tirai mata sedangkan malam akan pergi hanya berapa ketika. ouhh ! Rindu ! Tersangat rindu ! Air mata mula membanjiri pipi ini. Bagaikan empangan yang sudah pecah....
Seusai menunaikan solat subuh, aku segera kembali ke ruangan yang kecil tetapi cukup untuk menempatkan empat orang pesakit disitu. Sekujur tubuh insan yang amat aku rindui. Ya ! Bibir itu. Sudah lama tidak dibasahi dengan senyuman yang selalu membuat hati remajaku tenang. Rindu ! aku rindu dengan sejuta nasihat bergunanya yang selalu membimbing aku dan menjadi panduanku agar menjadi seorang insan yang berguna kelak. Ibu, mengapa kau terbaring lesu ? Aku rindu segalanya. Rindu ! Mataku redup memerhati tubuh yang tetap terbaring kaku. aku mengatur langkah kemas menghampiri tubuh itu. Aku pegang erat tangannya. Terasa sejuk sekali. kukucup tangan itu dan aku berharap ini bukan yang terakhir kalinya. Aku mahu dia yang dahulu.
"Ayah! ayah ! kenapa tangan ibu biru ?" aku sedikit menjerit tatkala melihat kelibat ayah. Segera ayah menerpa ke arah ibu sambil membelek tanagn ibu. Sejurus itu, ayah keluar tanpa bicara.
"Ayah?" aku bingung. Jantungku berdegup kencang. Ada satu perasaan yang kurang enak di hatiku. 'Ya Allah, kau sembuhkanlah ibuku. Aku menyayanginya Ya Allah. Aku memerlukannya Ya Allah.
Aku mengusap ubun kepala ibuku lalu kukucup dahinya. Sejuk. Tanpa diduga, air mataku mengalir tanpa dipinta.
'' Dik, keluar kejap dik. Doktor nak cek keadaan ibu adik.'' kata seorang jururawat yang cukup cantik dek pandangan mataku. Aku mengundurkan diri seperti yang diminta. Langsir ditarik sekaligus menghalang penglihatanku terhadap ibu. Aku terjengah ke kiri dan kanan.
'' Kita cuba bagi oksigen. Bagi saya....'' Aku mencuri dengar perbualan doktor.
'' Berapa doktor ? Nampak macam dah tak kuat lagi.''
''Kita cuba, awak pergi jumpa anak dia, suruh bacakan Yassin.''
''Baik.'' Pendek jawapan yang diberikan tapi sudah cukup memahami arahan yang diberikan. Aku melihat jururawat itu membisikkan sesuatu kepada ayahku.
''Angah, sabar je, angah baca je yasin untuk ibu.'' Hanya itu yang meniti di bibir ayah.
''Hah? Yassin ? Kenapa Yassin ?'' Aku sendiri tidak tahu samaada aku sebernanya faham atau buat-buat tak faham?
''Baca aje lah. Doktor cakap macam dah takde harapan.'' Buat pertama kalinya aku melihat ayahku menangis. Aku sendiri jadi ikut menangis. Menangis kerana aku faham ape yang ayah katakan. 'Ya Allah, beratnya ujian yang kau berikan. Aku tidak bersedia Ya Allah.' Baru semalam aku tidur bersama ibu. Dia nampak siaht saje.Terketar-ketar tanganku menyambut huluran Yassin yang diberikan oleh jururawat di hospital itu. Dengan hati yang sebak, air mata yang tidak henti-henti keluar aku cuba mengalunkan bacaan Yassin untuk ibuku. Makin ku baca, makin deras air mata ini. Aku tidak sanggup! Seolah aku membacakan Yassin untuk ibu yang sudah tiada sedangkan doktor masih berusaha sebaik mungkin di dalam sana. habis maghraj, tajwid dan sebutan semuanya jadi tidak lancar seolah aku kanak-kanak yang baru ingin belajar mengaji.
Tepat jam 8.45 pagi......tettt...... itulah akhirnya sebuah kehidupan seorang ibu. Aku meraung bagai orang yang hilang akal warasnya. ''Ibu ! Ibu !! '' Aku duduk terjelopok di sudut bilik itu. Memandang sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa lagi. ''Angah tak percaya! Angah tak percaya!'' Aku berlari ke katil ibu. menggoncangkan tubuh itu. mengharapkan dia bangun kembali. tapi itu hanya sia-sia. Yang pergi takkan kembali. Ayah hanya mampu menasihati aku agar aku tetap bersabar. Habis semua saudara-mara di maklumkan. Rata-ratanya terkejut. Suatu berita yang di luar jangkaan. Ibuku pergi tatkala aku masih memerlukan tongkat untuk membantu aku berjalan menyelusuri onak duri kehidupan. Ibu pergi membawa separuh dari jiwaku.
Tuk tuk tukk.. Ketukan dipintu bilikku mematikan lamunanku. Baru aku sedar aku masih dibuai kenangan semalam. Kini aku di dunia nyata. Aku harus bijak memilih jalan hidupku. Segera aku mengesat air mataku agar tiada siapa yang dapat mengesan.
'' Angah! Dah masuk waktu subuh dah ni. Solatlah, nanti terlepas pulak.'' Kedengaran suara ayah disebalik pintu kamarku.
''Yelahh, angah da bangun ni.'' hanya itu jawapanku. Rasa mengantuk kian menyelubungi diriku. Namun aku gagahi jua diriku bangkit menunaikan solat. Hanya doa anak yang soleh yang dapat diiringi buat ibu di alam sana....
SEKIAN.
p/s : ini hanya coretan pendek dariku, kerana ia terlintas masa sy tak boleh nk tidur. rajin2lah berikan komen anda. :)